Friday, December 30, 2011

Bye Bye 2011!


25 Disember yang lepas adalah wedding anniversary yang ke 3. Alhamdulillah dikurniakan anugerah terindah iaitu Muhammad Aydan Shaqeel. Tahun ni pergi berjalan2 sambil cari makan ke Melaka. My all time favourite place since i was in primary. Sebab pernah tinggal dan bersekolah di sana.Keep going back there for yummy foooood.hehe

Disebabkan cuti sekolah and Christmas, semua hotel yang best kat Melaka full. So we all pun celebrate awal kat sini. Gi ke Bubba Gump.Lamb rack yg sangat sedapppp.
Senin tu baru bertolak ke Melaka.


Pre-Anniversary Celebration @ KL






Tempat makan yang selalu we all attack adalah Pernu-Umbai ikan bakar gerai no 1 D'muara. Sotong goreng tepung, butter prawn, kupang goreng pedas, ketam bakar, pais tuka (paling ditunggu2 sbb kat sini susahnye lahai nak jumpe).Makan sampai nak termuntah haha




pics courtesy of google..nampak makanan tak pikir nak snap gambor haha


Untuk lunch pulak, ke restoran Selera Kampung dekat2 dengan Dataran Pahlawan. Jalan ape tah dah lupe tapi opposite menara Taming Sari..kat sini selalu order ketam masak lemak mmg powerrr dengan ketam goreng yang gemuk2 ok.fresh dan puaaassss makan.ayam kampung pon sodap tapi agak mahal. Ayam kampung Tuan Faridah kat Puchong lagi murah.huhu






Satu lagi Gerai Makan Hjh Rahmah Hj Ibrahim.kat sini asam pedas melaka dan KARI KEPALA IKAN yang marbelesssss sedap tak terkata.Makan sampai pejam2 mata punya nikmat hahaha.





Kitorang sempat lalu je Coconut Shake Klebang sebab perut dah penuh gila nafsu nak makan pun dah takde..so balik bilik untuk aktiviti berenang pulakk


3rd Anniversary Getaway @ Melaka..time buffet breakfast 
anak teruna mau pulak posing

Baby frog get ready nak gi swimming..sekali uk uk pulak daaa huhu


tak nak swim..tapi nak berjalan2 dalam air ni..
bila nak bawak keluar nangis2 tak nak balik haha
Oh sungguh best holiday kali ni..nak pergi lagiiii..boleh??

Thursday, November 24, 2011

Sebak..

Was reading entry dulu2.tak banyak pun entry i ni  tu yang senang je nak khatam kan.. haha especially part pregnancy la..tetiba rasa sebak la..dont know y..

The hardship, the waiting game. Ada satu part where my HB dropped n tak naik2. Now i know why. I am Alpha Thalassemia Trait. Always mistaken for iron deficiency. Punya la makan kerang rebus tiap2 hari, bayam, hati lembu/ayam nak bagi naik. Time tu takde pulak diorang request buat test kan.Disebabkan i am the carrier so my son pun sama. Syukur we are just carriers.Kalau pengidap without knowing, maybe both of us wont be here at all..huhu

Actually, banyak citer yang tak diupdate sebab start 3rd trimester macam2 benda jadik. I was hospitalised n quarantined, early contraction n macam2 lagi la. Yang paling best, i tak pernah lagi buat entry on the birth story..lepas deliver tu macam trauma gile so mood nak blogging tu takde langsung..
i need to write a special entry on this. From kelakar to horror. That's how i describe my experience in short la..haha

Some of the pics before and after..


dalam labor room..sebelum kene induce..mase ni boleh la senyumm..lepas tuuuu amekk
(food kat An-Nur ni boleh tahan sedap die haha)



sehari lepas lahir..

@KK bangi 9 hari lepas lahir..selang 2 hari kene gi cucuk tumit amek darah sbb prolong jaundice..time ni keciiik je die..nurse pun confuse betul ke lahir 3.1kg ni..huhu

kuat minum punya pasal..tengoklah dakuuu..berketul2..haha


Tuesday, November 22, 2011

Eh?Mungkinkah?

Tengah flash back memory masa first time pregnant dulu, tetiba teringat something..

Second month lepas kawen, i had this very unusual senggugut. Selalu masa period pun memang ade senggugut but stil bearable. Masa tu memang sakit yang tak boleh tahan. Dalam kereta on the way back from work rasa sakit yang amat sangat sampai terbongkok2 nak tahan. And then macam nak muntah sebab sakit sangat. Minta hubs pecut balik coz nak baring. Bila sampai umah je terus baring mengerekot. Kaki n tangan semua sejuk, pinggang rase lenguh gile. Hubs tolong urut2 belakang.My mom yang tengok macam pelik and risau sbb tak penah2 anak die senggugut macam tu kan..

Tak lama lepas tu rasa macam period keluar banyak gile. Laju macam paip bocor tau.tetiba je 'gushhh' keluar. Masuk toilet tengok memang penuh sampai bocor2. And rupa die lain dari biasa. Lepas je keluar tu terus macam lega.senggugut yang teruk tu rasa kurang. Tapi time tu takde pulak nak pikir 'did i just miscarry?'.

Now bila pikir2 balik, i think most probably i did. Cuma masa tu maybe it was at the earliest stage so i tak mungkin dapat tau kan..n dengan xde ilmu pasal2 tu semua, conclusion nye hanyalah period biasa lah.

Then the third month lepas kawen, i missed my period. Had an unusual event gak before that. Hubs pagi2 loya2 and everytime die gosok gigi pagi mesti wekkk wekkk teruk gile sampai lembik lepas tu. Nak dekat seminggu gak la jadik camtu. Lepas confirm pregnant baru kitorang macam 'ooooo patut laa'. Tapi masa tu ingat dia salah makan n angin. hahaha die yang kene tempias simptom2 tu rupanya.

Unfortunately, the happiness didnt last that long. Had written about it 2 years ago.

If lets say betul la i miscarried masa heavy period tu, maka dengan itu, Aydan was my 3rd pregnancy. Otherwise, 2nd. Hmmm kalau tak dah 2 or 3 anak by now..kihkih

Friday, November 18, 2011

Finally..a super long entry..



Hihihi...miss ini budak masa kecik2 dulu..bila tgk pics die semua balik, Ya Allah tembamnye anakku dulu..dengan lengan michelin nye, pipi labuhnye..geram rase..eiiiii

Sekarang dah slim..tapi perut maintain bulat laa tak boleh nak buat ape2..keturunan kot hahaha
Satu benda je dari kecik sampai besar sekarang ni tak berubah2..kuat nangis..adoiii kecik2 dulu nangis sebab tak sabar2 nak susu, dah besar ni buat2 nangis je banyak..drama btol. Ni baru Drama King yang sebenar..tu la babah die suka sangat lagu Drama King.dapat sorang amekkk.

Sekarang ni dah pandai macam2 seronok nak kacau2..yang paling best dah pandai peluk2,cium2 kita.Manja toksah cakap la..teramat manja!Makin banyak 'akai' orang selalu cakap.Kadang2 geram bila die hyper semacam..habis semua barang die nak tarik.Lari sana sini, bukak kabinet ambil barang then campak sesuka hati..aduss masa tu mmg 'kena' la dengan mummy..merajuk pun pandai.Bila buat muka moyok merajuk tu kesian pun ade tapi terpaksa la keraskan hati kalu tak lepas2 tu xmakan saman dah nanti. Selalu dengan babah die je yang die makan saman. Pas kene marah dengan babah mula la cari 'mummy mummyyyy'.

Tapi mummy tak pujuk la..just reason dengan die kenapa babah buat macam tu.n pesan lain kali jangan buat lagi. Memang la sekarang ni macam la die nak dengar kan..tapi lama2 esok dah besar die akan ingat benda tu..harap2nye laa..InsyaAllah boleh.Selalu kelau lepas kene marah kene la pujuk balik sebelum tido..tak nak die rase dendam or tak puas hati..not good in terms of emotional n psychological development die nanti..

Tak boleh bayangkan kalau Aydan ni dah ade adik sok..huhu harap2 die boleh jadi abang yang baik lah.kalu tengok gaya sekarang macam tak confident..haha tapi tak tahu la bila dah ade macam mana nanti..semuanya ketentuan Allah..kita hanya boleh berdoa dan harapkan yang terbaik..

Anak adalah kurniaan Allah paling berharga, perasaan menjadi seorang ibu tu tak boleh nak describe lah..masa mula2 kawen dulu selalu terfikir boleh ke aku ni jadi seorang ibu. serious mmg tak confident langsung dengan diri sendiri. sokmo self doubt.sampai dah nak terberanak pun duk fikir2 lagi will i be a good mother.can i take good care of my child.sampai nak pening pikir. Nak turn back time confirm la tak boleh kan..cuma cakap kat diri sendiri, even if i can't be a good mother the least i can do is to try my very best to be one.

Sebab tu i get very emotional whenever i talk about breastfeeding or about my son. Rezeki Aydan hanya sampai lebih kurang 3 bulan je..itu pun bukan exclusive due to some unforseen circumstances. Rasa macam telah gagal menjadi seorang ibu yang baik sebab tak dapat fully BF die. Memang niat dan semangat tu since pregnant dah ade. Mungkin cara, situasi yang tak mengizinkan. Tapi hati jadi lega sikit bila kita tahu yang kite dah usaha sedaya upaya, berhabis wang ringgit untuk memberikan yang  terbaik untuk die. Selebihnya hanya Dia yang tahu. Some people may not understand,some will judge, some will talk behind your back. Beli semua mahal2 tapi habuk pun tarak. Bukan nak menunjuk2 ye, saya hanya nak berikan yang terbaik untuk anak saya. Kalau anda simpan duit untuk tambah koleksi gelang/rantai emas anda dan berikan anak anda semua benda2 yang murah, itu hak anda. Bagi saya, anak saya lagi penting dan berharga dari koleksi emas atau wang ringgit.Amanah Allah haruslah dijaga dengan baik. Biarlah orang mengata selalu cuti selalu MC. I wont leave my child whenever he is very sick. Lagi2 di bawah jagaan orang lain. No no no no.

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Walaupun bermacam2 dugaan yang diberikan olehNya  dari Aydan lahir sampai la 1 tahun 5 bulan ni, kami amat bersyukur dengan kurniaan ini. Semoga murah rezeki kami untuk expand our family lagi..Amiinnn.








Sunday, October 30, 2011

Luahan hati Mummy..





How time flies.my mulat is no more a baby.tiba2 rasa sayu..he's a big boy now.dah pandai expressed his feelings.sebelum tido mesti hug n kiss mummy sampai puas baru nak tido.walaupun dah macam orang mabuk terhuyung hayang tahan mengantuk.dalam sejam gak la layan die.maybe die tau siang mummy keje n tak dapat nak bermanja.malam je la the only time yang boleh.tapi biasa la lepas balik keje kadang2 mummy sangat penat n tak terlayan rase.

How i wished tak perlu kerja jadi housewife je jaga anak.spend time dgn anak everyday.malangnya mummy terpaksa keje mencari rezeki.mummy so sorry sayang.i promise i will give you the best.

Dalam pic ni nampak mcm dah besar sgt.padahal baru 16 months.hihi

Tuesday, September 13, 2011

Ta?Tor?Ayyi?Neno?


Video ni diambil mase tengah belajar dengan mummy..sehari kalau tak tengok benda ni memang tak sah..akan bising sebut 'nak nak nak' sampai dapat..since 5 or 6 months die memang interested dengan bunyi kereta dan lori/traktor..Masa masuk umur setahun dah boleh sebut 'tor' 'ta' 'ayyi'..sekarang ni 1 tahun 3 bulan dah boleh kenal types of vehicles bila ditunjukkan gambar..nak dekat sepuluh kali repeat tak puas2..sambil mulut tot tet tot tet macam bertih jagung..bila cakap 'finish' je mesti meraung n nak rebut handphone dari mummy..

walaupun lepas balik kerja sampai rumah dalam pukul 7 malam, wajib main dan ajar anak sebelum die tido..itu je pun mase yang ade..memang kejap, tapi puas..

Syukur Ya Allah atas anugerah yang amat berharga ini..Akan menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya selagi nyawa dikandung badan InsyaAllah...


Friday, August 19, 2011

Aksi si Mulat



Suke ikut 'Tom'..nak buli la tu..hehe




balik keje la baru boleh main dengan si buah hati sorang ni..tu pun kejap je sebab nak berbuka lepas tu die dah nak tido..nak jadi housewife sepenuh mase boleh tak?huhu

Monday, August 8, 2011

14 months progress

Aydan dah masuk 14 bulan..alahaii dah besar anak mummy ni..so far progress die sangat ok..
motor skills:
Dah boleh berjalan masa 13 bulan..tapi berdiri tak boleh lagi masa ni..lawak kan..jalan boleh berdiri sendiri tak boleh..haha kena pegang sofa utk tarik diri sendiri.Sekarang masuk 14 bulan die dah boleh berdiri sendiri dan berjalan..alhamdulillah..
Walaupun agak lambat motor skills die tapi tak terlalu lambat la..mummy banggo!
pastu sekarang ni kalau tgk org solat die pun ikut same sujud/angkat takbir..lawak tgk gaya sampai terhantuk kt lantai la..

speech:
makin tot tet tot tet skang ni...dah boleh sebut macam2..yang paling best dah boleh sebut Mummy!!yeayyy
Mi/Ami/Mami - Mummy
To- Motor
Keta- Kereta
tektor- tractor
tok- tok dia kat umah hehe
pi- topi/kopi
ter- water
anana- banana
nak- nak
mamam -makan
nenen- susu
sayam- sayang
tam/tom- kucing kt umah nama tom..tp skang ni semua binatang die panggil tom haha
ayi- lorry
tol- botol
ti- teeth nampak berus gigi ckp tiii tiii..tunjuk gigi nak suh gosok haha
di-mandi
eeeee- eeeee konon kotor laa..haha
babah- babah
babap- pukul..nnt die babap diri sendiri bile tau kite marah haha
mama- kurma hihi
ti- roti/biskut
sta- star

ape tah lagi..nanti bila dah igt akan di update..
oh ye gigi dah 8..4 atas 4 bawah..geraham mcm nak naik dua bawah..rase keras gusi tp xmuncul2..

Wednesday, July 13, 2011

~My very 1st Car~


Aydan's 1st ride!Mini Cooper!



Excited sampai tak boleh tido malam..huhu

Thursday, June 30, 2011

Merancang Bayi Kedua

Kebanyakkan ibubapa akan tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk mereka mendapatkan anak kedua dan seterusnya. Tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal bagi seseorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Hal ini berikutan tempoh berkenaan memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan sebagainya.

Perlu anda maklum, kehamilan sebelum tempoh dua tahun memungkinkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi. Hal ini bakal terjadi kerana tubuh belum bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi kandungan.

Malah, anak pertama mungkin masih kecil dan atau menyusu susu ibu. Apabila hamil lagi, anda perlu menguruskan dia. Pada masa yang sama perlu membahagikan kudrat yang ada untuk tanggung jawab terhadap suami, rumahtangga, kerjaya dan lain-lain hal. Ini termasuklah menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, anak itu berusia 2 tahun ke atas, sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi, bebanan yang anda perlu tanggung tidak begitu erat jika hamil lagi.

Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan anda hamil awal daripada tempoh yang disarankan, langkah penting untuk anda lakukan ialah memastikan paras Hb mencukupi. Sama juga halnya dengan kalsium. Antara lain, lakukan pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat mustahak untuk diteliti agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin boleh terjadi semasa hamil.


Bagi yang pernah hamil secara caesarean, usah bimbang. Anda sudah mula boleh memikirkan soal kehamilan kedua selepas dua tahun kelahiran anak pertama. Selepas tempoh dua tahun tempat jahitan pembedahan diyakini sudah sembuh.

Anda juga boleh menimbang untuk cuba bersalin secara normal. Namun, keputusan yang bakal diputuskan oleh doktor perlu bergantung kepda faktor komplikasi sewaktu proses pelahiran yang dihadapi sebelum ini. Lazimnya, masalah yang biasa dihadapi ialah komplikasi bayi besar. Jika ini penyebabnya, perlu anda tahu bahawa bayi kedua mungkin bersaiz besar lalu memungkinkan anda untuk bersalin secara caesarean sekali lagi.


Sebelum Hamil

Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.
Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.
Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.
Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.
Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada insulin.
Sekiranya tiriod, ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.
Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.
Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.

Selepas Hamil

Lakukan pap smear selepas 2 bulan kelahiran. Pastikan ketika itu anda tidak haid. Seterusnya ujian yang sama perlu disusuli 1 atau 2 tahun kemudiannya untuk memastikan pangkal rahim kekal sihat.

Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai. Kaedah yang bakal dipilih perlu digunapakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.

-Kak Engku Bidan Bersalin-

Thursday, June 9, 2011

HAPPY 1st BIRTHDAY AYDAN!!

AYDAN is 1!

on the 3rd June 2011

~~~~HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO MUHAMMAD AYDAN SHAQEEL

HAPPY BIRTHDAY TO YOU~~~~~

Semoga menjadi anak yang soleh dan berbudi pekerti mulia..

Mummy and Babah love you so much!!!!!

Friday, May 20, 2011

11 months young...



Mencari 'anana' (banana)..fav fruit



mencari lion..fav toy..padahal cloth book..



mencari 'nenen'..kalau tak jumpe botol di sekeliling..dalam buku pun jadi laa..hehehe


Mummy is so proud and happy with your development sayang..altho' motor skills a bit lambat but u are ahead in other skills..speech especially..

now pantang nampak lampu..apuuu apuuuu je keje..hehehe

in 2 weeks my munchkin will turn 1!wowwww planning birthday party satu hapak pun tak buat lagi..huhu will be a belated one since SIL nak kawen on his birthday..

jemput datang ye..invitation akan diberikan to all of you..=D

Thursday, April 21, 2011

10.5 Months Baby

Ini adalah budak yang sepanjang masa nak makan..bangun pagi first word ialah MAMAM. Sebelum tido malam, MAM. Lepas merangkak and panjat sana sini, MAMAM/MAM. Kalau sebut 'mam' di luar waktu makan itu adalah bermaksud die nak susu/nenen. Nenen sekali sekala je cakap bila die mintak mam kita tak layan..haha


kan dah kene kurung dalam tu haha


Actually die dah boleh start 'bercakap' since 6 months. More like tiru kita cakap la.Orang tua cakap ringan mulut. 1st word adalah 'Fish'. haha sebab saya tengah sebut fish dengan die. Start dari situ mula la die nak tiru orang cakap. Ikut sebutan betul2 lak tu. Only mase 9 months baru benda yang die cakap tu ade maksud. Macam bye2, nen (susu), anana (banana), pel (apple), and or course mamam (makan). Mamam ni memang his favourite word. and die tau maksud mam tu utk makan or lapar. Saja nak test one day angkat lunch bowl die and tunjuk, die tengok dan excited tendang2 kaki sebut mam mam mam..hahaha kalau lambat prepare makan, mam mam mam mam mam sampai dapat makan..sekarang makan 5 kali sehari okeyyy. bangun tido kul 6 dah bg makan. kul 8-9 am nak makan lagi..lunch makan then kul 3-4pm nak makan lagi. Dinner kul 5-6pm makan lagi..hahaha banyak takkk??susu pun dah kurang minum asyik nak makan je..

And sekarang ni dah pandai geleng kepala kalau die tak suka/tak nak. Normally die akan tolak tangan orang yang pegang botol tu kalau die tak nak susu.Tadi pagi babah die nak bagi pisang sebab die nak mam mam je kan..nak suap die geleng2 kepala..banyak kali test.Bila bagi Heinz dalam botol tu takde pulak nak geleng2 kann..haha banyak akal sungguh ini budak..

Teori sebab ape die nak makan je keje..sebab Aydan ni sangat lah aktif/lasak.Die tak boleh duduk setempat lebih dari 3 saat. merangkak sana sini pastu duduk tak sampai 2 saat dah start merangkak balik or nak panjat2..aduii lotihh nak kejar..EXCEPT kalau bagi buku and bacakan buku kat dia..haaaa time tu je la nak duduk lame and focus. kalau buku yang die suka , minta ulang banyak kali kalau stop or tukar buku marah sampai kejang2 kaki n tangan..haha .Astro Ceria pun boleh bagi die duk diam. Selain daripada itu, termasuk sakit minta maap leee takdenye nak duk diam. aktif tetap aktif, makan tetap makan.

Tapi Aydan ni selalu kena flu dan batuk..kejap je baik pastu kene balik..macam endless. Risau saye..hmmm~

Oh ye, gigi dah nak masuk 6. 2 bawah mase 7 bulan kot.10 bulan ni keluar 4 gigi terus kat atas..patut la demam 2 hari. Asal tumbuh gigi je mesti demam si mulat ni.

Friday, April 15, 2011

Kembar Sepasang?



Inilah dia kembar sepasang saya..hehehe

Tok punya kerja ni..mummy tukang amek gambar saje..

Mana lagi sesuai?boy or girl?kehkeh

Tuesday, March 15, 2011

Attention Mothers!

Please spread the news..

The government has decided to ban polycarbonate feeding bottles containing the organic compound Bisphenol A or BPA from March 1 next year.As it had been learnt that BPA could cause disruption to the hormonal system and consequently interrupt bodily functions, but added that so far no evaluation had been done on the hormonal system in infants.



BANNED: Khairunnisa Kasnoon showing the differences between Polypropylene feeding bottle as compared to policarbonate ‘bisphenol A’ (right) during the health press conference. — Bernama photo


here's the link for more info on it.

http://fsq.moh.gov.my/v2/uploads/Kenyataan_Akhbar_11032011.pdf

http://moh.gov.my or http://fsq.moh.gov.my.


so moms please change the bottles the soonest possible. Its for the health of your infants.

P/s- luckily we bought BPA Free bottles all this while..

Monday, March 14, 2011

Tuesday, March 8, 2011

My Cuppycake...

My baby mulat is 9 months old..with two teeth at the bottom. Dah 2 hari demam panas time petang dan malam nak dekat pagi..suspect nak tumbuh gigi lagi..putih semacam je gusi atas tu..Injection pneumococcal bulan ni pun kena postpone dulu sebab demam. So berat dan tinggi tak tau lagi..Last month mase 8 months berat 9.6kg.tu pun turun sebab selsema n batuk agak lame..

sekarang die dah boleh cakap simple words..more like ajuk kite cakap la..perkataan yang pernah die sebut nak mam, bedak, b'day (birthday), nak, babai, babah (mummy belum lg..sedeyyy huhu).tangan pun dah pandai lambai2 bye2..yang bestnye bila nampak mangkuk makan die tu terus cakap 'nak mam' kadang2 'nak aumm' haha ikut mane yg sempat je si Aydan ni..same gak la motor skills die..nak ngesot+merangkak+duduk sekaligus serentak..tok die panggil si Kalut..aktif ya amatttt..lasakkk..dulu mase baby berat kot so skang dah ringan sket seronok la die nak explore..


masa 8 bulan..seronok main hon kete


jalan-jalan..takut kalau strangers dekat..walaupun bkn ckp dgn die pun..huhu




favourite time..makan timeee.



9 months mase kat playskool..dah besyar anak mummy ni..



kelmarin..demam masa 9 bulan..makan ubat xyah susah2..nampak syringe je excited macam makan gula2..suke betul..haha


Friday, February 11, 2011

Playgroup II

Entry ni adalah atas permintaan dayu , sambungan previous entry about the playgroup.

I came across the program masa search on baby development on the internet. Surf2 terjumpa la tempat ni yang organize playgroup dari 0 bulan - 4 tahun. Its a place for babies to learn and have fun with other babies yang sebaya. Kire early education jugak la.For full time working mom like me, masa dengan anak on weekdays memang takde and weekends adalah limited nak ajar itu ini.Plus kalau hantar nursery pun mana ada diorang ajar apa2 kat babies kan..bagi makan, tido, mandi, tukar diapers tu je la..main pun sikit2 je. And kalau mak jaga kat umah tu, yang ada pun adults je kan. Macam Aydan, die sangat suka tgk other kids..excited, senyum2 macam nak main..macam kesian je huhu. So saje je join playgroup ni nak bagi die happy2 sikit.

Tempat ni kat Puchong. Boleh check out the blog/web die.. Genius Baby on Board 

Bukan setakat playgroup je, seminar semua ada..We went there last month. Sekali bayar RM35 untuk trial class. Kalau nak enroll pun boleh jugak. Up to u moms. Main language English ye. Each session lasted for about 45 mins-1hr.

Here's a few more pics of the activities:


Masa ni session nyanyi sambil exercise kaki tangan..kasi warm up sket..hehe tgk tu kaki goyang2..and as usual Aydan ni pandang camera..bukan teacher..huhu



Nak bukak kotak then main dengan blocks pulak..



Then main tendang2 bola..mummy la yg penat mengangkat budak mulat ni..



Shake2..Aydan suka sangat dengan benda tu taknak lepas..


Catch the bubbles and Parachute time..


mommies kibar parachute..babies having fun under it..


Dah ngantuk sangat2 ni tapi excited dan happy..hehe



yeayyy mummy+babah pun excited..peluh jugak skali dengan mummy kene exercise


In addition, teacher tunjuk how to teach ur child to read at early age..by using flash cards yang ade tulisan sahaja..why?ahaa sila la join or surf the web/blog to know more..tolong promote hehe





Thursday, February 10, 2011

Playgroup

Having fun at playgroup..



suke la tu tepuk2 barang


main dengan blocks..to test listening/hearing


not paying attention to the teacher..but to babah..huhu


shy2 la konon..


no more shy2!haha


Best join playgroup ni..just to get your child to mingle with other kids and have fun..takde la nampak muka mak,bapak,atuk, nenek je kan kat umah tu..sumer adults huuhu