Thursday, November 6, 2008

Tunggu dan Tunggu dan Tunggu..

Untuk kamu yang sedang menunggu. Saya juga pernah menunggu seperti kamu. Saya juga pernah merasa putus asa ketika menunggu. Kerana menunggu sesuatu yang tidak pasti. Sangat memenatkan. Sangat menyakitkan. Kamu bermain teka teki dengan hati. Tetapi, antara fikiran dan hati. Yang mana satu selalu menang? Kamu tahu jawapannya.

Fikiran kata, pergi. Hati kata, nanti. Akhirnya kamu masih begitu. Menunggu dan terus menunggu. Dahulu, seseorang pernah bertanya. Saya tak penatkah menunggu. Saya memang penat. Saya rasa sakit. Saya terguris. Saya menangis. Ada sesuatu yang menyuruh saya terus menunggu. Satu semangat yang sukar untuk dijelaskan. Tiada apa yang masih terus, kalau hati kamu kata…Berhenti. Cukuplah segalanya sampai di sini.

Kalau kamu masih mahu menunggu. Teruskan menunggu. Cuma jangan terlalu lama. Kerana, ketika kita menunggu. Banyak perkara yang sedang berlari meninggalkan kita.

Tamatkanlah segala teka teki. Pastikan isi hati.

Bloghopping punya kerja..

11 comments:

Shopping Bazaar said...

apa yang ditunggu? apa yang dinanti? kenapa nak pergi? kenapa kena terus menanti? hhehehhehe

Anonymous said...

hmmm..

bila aku berhenti menunggu, hidup menjadi tenang dan sangat2 indah.

terima kasih Tuhan.

Nadya said...

gaplynn: menanti bulan jatuh ke riba..haha


yatt: semoga indah dan tenang sentiasa..insyaAllah..=)

farahana said...

wah puitis dan berbunga-bunga.

tunggu bulan jatuh ke riba tu nak tunggu sampai bile.kompius kompius=p

Nadya said...

copy paste je maa..kalu sendiri xdenye..haha

hmm..sampai bila2! =p

yanna.lyana said...

yayie..nak copy paste juga!
aduh..bagus betol :D

Nadya said...

haha..silakan2 =D

Anonymous said...

wahhhh... heheh... tak tunggu.. lari jauh2 je.. hahaha!!

Nadya said...

jgn lari sampai andalusia ok!!

hahahah

awesome blossom said...

i so want to copy this.. very deep, yes, very deep (and sgt relevant!)

Nadya said...

hehe..sure dear

but just dont wait too long..=)