Friday, November 18, 2011

Finally..a super long entry..



Hihihi...miss ini budak masa kecik2 dulu..bila tgk pics die semua balik, Ya Allah tembamnye anakku dulu..dengan lengan michelin nye, pipi labuhnye..geram rase..eiiiii

Sekarang dah slim..tapi perut maintain bulat laa tak boleh nak buat ape2..keturunan kot hahaha
Satu benda je dari kecik sampai besar sekarang ni tak berubah2..kuat nangis..adoiii kecik2 dulu nangis sebab tak sabar2 nak susu, dah besar ni buat2 nangis je banyak..drama btol. Ni baru Drama King yang sebenar..tu la babah die suka sangat lagu Drama King.dapat sorang amekkk.

Sekarang ni dah pandai macam2 seronok nak kacau2..yang paling best dah pandai peluk2,cium2 kita.Manja toksah cakap la..teramat manja!Makin banyak 'akai' orang selalu cakap.Kadang2 geram bila die hyper semacam..habis semua barang die nak tarik.Lari sana sini, bukak kabinet ambil barang then campak sesuka hati..aduss masa tu mmg 'kena' la dengan mummy..merajuk pun pandai.Bila buat muka moyok merajuk tu kesian pun ade tapi terpaksa la keraskan hati kalu tak lepas2 tu xmakan saman dah nanti. Selalu dengan babah die je yang die makan saman. Pas kene marah dengan babah mula la cari 'mummy mummyyyy'.

Tapi mummy tak pujuk la..just reason dengan die kenapa babah buat macam tu.n pesan lain kali jangan buat lagi. Memang la sekarang ni macam la die nak dengar kan..tapi lama2 esok dah besar die akan ingat benda tu..harap2nye laa..InsyaAllah boleh.Selalu kelau lepas kene marah kene la pujuk balik sebelum tido..tak nak die rase dendam or tak puas hati..not good in terms of emotional n psychological development die nanti..

Tak boleh bayangkan kalau Aydan ni dah ade adik sok..huhu harap2 die boleh jadi abang yang baik lah.kalu tengok gaya sekarang macam tak confident..haha tapi tak tahu la bila dah ade macam mana nanti..semuanya ketentuan Allah..kita hanya boleh berdoa dan harapkan yang terbaik..

Anak adalah kurniaan Allah paling berharga, perasaan menjadi seorang ibu tu tak boleh nak describe lah..masa mula2 kawen dulu selalu terfikir boleh ke aku ni jadi seorang ibu. serious mmg tak confident langsung dengan diri sendiri. sokmo self doubt.sampai dah nak terberanak pun duk fikir2 lagi will i be a good mother.can i take good care of my child.sampai nak pening pikir. Nak turn back time confirm la tak boleh kan..cuma cakap kat diri sendiri, even if i can't be a good mother the least i can do is to try my very best to be one.

Sebab tu i get very emotional whenever i talk about breastfeeding or about my son. Rezeki Aydan hanya sampai lebih kurang 3 bulan je..itu pun bukan exclusive due to some unforseen circumstances. Rasa macam telah gagal menjadi seorang ibu yang baik sebab tak dapat fully BF die. Memang niat dan semangat tu since pregnant dah ade. Mungkin cara, situasi yang tak mengizinkan. Tapi hati jadi lega sikit bila kita tahu yang kite dah usaha sedaya upaya, berhabis wang ringgit untuk memberikan yang  terbaik untuk die. Selebihnya hanya Dia yang tahu. Some people may not understand,some will judge, some will talk behind your back. Beli semua mahal2 tapi habuk pun tarak. Bukan nak menunjuk2 ye, saya hanya nak berikan yang terbaik untuk anak saya. Kalau anda simpan duit untuk tambah koleksi gelang/rantai emas anda dan berikan anak anda semua benda2 yang murah, itu hak anda. Bagi saya, anak saya lagi penting dan berharga dari koleksi emas atau wang ringgit.Amanah Allah haruslah dijaga dengan baik. Biarlah orang mengata selalu cuti selalu MC. I wont leave my child whenever he is very sick. Lagi2 di bawah jagaan orang lain. No no no no.

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Walaupun bermacam2 dugaan yang diberikan olehNya  dari Aydan lahir sampai la 1 tahun 5 bulan ni, kami amat bersyukur dengan kurniaan ini. Semoga murah rezeki kami untuk expand our family lagi..Amiinnn.








Sunday, October 30, 2011

Luahan hati Mummy..





How time flies.my mulat is no more a baby.tiba2 rasa sayu..he's a big boy now.dah pandai expressed his feelings.sebelum tido mesti hug n kiss mummy sampai puas baru nak tido.walaupun dah macam orang mabuk terhuyung hayang tahan mengantuk.dalam sejam gak la layan die.maybe die tau siang mummy keje n tak dapat nak bermanja.malam je la the only time yang boleh.tapi biasa la lepas balik keje kadang2 mummy sangat penat n tak terlayan rase.

How i wished tak perlu kerja jadi housewife je jaga anak.spend time dgn anak everyday.malangnya mummy terpaksa keje mencari rezeki.mummy so sorry sayang.i promise i will give you the best.

Dalam pic ni nampak mcm dah besar sgt.padahal baru 16 months.hihi

Tuesday, September 13, 2011

Ta?Tor?Ayyi?Neno?


Video ni diambil mase tengah belajar dengan mummy..sehari kalau tak tengok benda ni memang tak sah..akan bising sebut 'nak nak nak' sampai dapat..since 5 or 6 months die memang interested dengan bunyi kereta dan lori/traktor..Masa masuk umur setahun dah boleh sebut 'tor' 'ta' 'ayyi'..sekarang ni 1 tahun 3 bulan dah boleh kenal types of vehicles bila ditunjukkan gambar..nak dekat sepuluh kali repeat tak puas2..sambil mulut tot tet tot tet macam bertih jagung..bila cakap 'finish' je mesti meraung n nak rebut handphone dari mummy..

walaupun lepas balik kerja sampai rumah dalam pukul 7 malam, wajib main dan ajar anak sebelum die tido..itu je pun mase yang ade..memang kejap, tapi puas..

Syukur Ya Allah atas anugerah yang amat berharga ini..Akan menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya selagi nyawa dikandung badan InsyaAllah...


Friday, August 19, 2011

Aksi si Mulat



Suke ikut 'Tom'..nak buli la tu..hehe




balik keje la baru boleh main dengan si buah hati sorang ni..tu pun kejap je sebab nak berbuka lepas tu die dah nak tido..nak jadi housewife sepenuh mase boleh tak?huhu

Monday, August 8, 2011

14 months progress

Aydan dah masuk 14 bulan..alahaii dah besar anak mummy ni..so far progress die sangat ok..
motor skills:
Dah boleh berjalan masa 13 bulan..tapi berdiri tak boleh lagi masa ni..lawak kan..jalan boleh berdiri sendiri tak boleh..haha kena pegang sofa utk tarik diri sendiri.Sekarang masuk 14 bulan die dah boleh berdiri sendiri dan berjalan..alhamdulillah..
Walaupun agak lambat motor skills die tapi tak terlalu lambat la..mummy banggo!
pastu sekarang ni kalau tgk org solat die pun ikut same sujud/angkat takbir..lawak tgk gaya sampai terhantuk kt lantai la..

speech:
makin tot tet tot tet skang ni...dah boleh sebut macam2..yang paling best dah boleh sebut Mummy!!yeayyy
Mi/Ami/Mami - Mummy
To- Motor
Keta- Kereta
tektor- tractor
tok- tok dia kat umah hehe
pi- topi/kopi
ter- water
anana- banana
nak- nak
mamam -makan
nenen- susu
sayam- sayang
tam/tom- kucing kt umah nama tom..tp skang ni semua binatang die panggil tom haha
ayi- lorry
tol- botol
ti- teeth nampak berus gigi ckp tiii tiii..tunjuk gigi nak suh gosok haha
di-mandi
eeeee- eeeee konon kotor laa..haha
babah- babah
babap- pukul..nnt die babap diri sendiri bile tau kite marah haha
mama- kurma hihi
ti- roti/biskut
sta- star

ape tah lagi..nanti bila dah igt akan di update..
oh ye gigi dah 8..4 atas 4 bawah..geraham mcm nak naik dua bawah..rase keras gusi tp xmuncul2..

Wednesday, July 13, 2011

~My very 1st Car~


Aydan's 1st ride!Mini Cooper!



Excited sampai tak boleh tido malam..huhu

Thursday, June 30, 2011

Merancang Bayi Kedua

Kebanyakkan ibubapa akan tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk mereka mendapatkan anak kedua dan seterusnya. Tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal bagi seseorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Hal ini berikutan tempoh berkenaan memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan sebagainya.

Perlu anda maklum, kehamilan sebelum tempoh dua tahun memungkinkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi. Hal ini bakal terjadi kerana tubuh belum bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi kandungan.

Malah, anak pertama mungkin masih kecil dan atau menyusu susu ibu. Apabila hamil lagi, anda perlu menguruskan dia. Pada masa yang sama perlu membahagikan kudrat yang ada untuk tanggung jawab terhadap suami, rumahtangga, kerjaya dan lain-lain hal. Ini termasuklah menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, anak itu berusia 2 tahun ke atas, sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi, bebanan yang anda perlu tanggung tidak begitu erat jika hamil lagi.

Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan anda hamil awal daripada tempoh yang disarankan, langkah penting untuk anda lakukan ialah memastikan paras Hb mencukupi. Sama juga halnya dengan kalsium. Antara lain, lakukan pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat mustahak untuk diteliti agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin boleh terjadi semasa hamil.


Bagi yang pernah hamil secara caesarean, usah bimbang. Anda sudah mula boleh memikirkan soal kehamilan kedua selepas dua tahun kelahiran anak pertama. Selepas tempoh dua tahun tempat jahitan pembedahan diyakini sudah sembuh.

Anda juga boleh menimbang untuk cuba bersalin secara normal. Namun, keputusan yang bakal diputuskan oleh doktor perlu bergantung kepda faktor komplikasi sewaktu proses pelahiran yang dihadapi sebelum ini. Lazimnya, masalah yang biasa dihadapi ialah komplikasi bayi besar. Jika ini penyebabnya, perlu anda tahu bahawa bayi kedua mungkin bersaiz besar lalu memungkinkan anda untuk bersalin secara caesarean sekali lagi.


Sebelum Hamil

Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.
Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.
Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.
Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.
Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada insulin.
Sekiranya tiriod, ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.
Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.
Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.

Selepas Hamil

Lakukan pap smear selepas 2 bulan kelahiran. Pastikan ketika itu anda tidak haid. Seterusnya ujian yang sama perlu disusuli 1 atau 2 tahun kemudiannya untuk memastikan pangkal rahim kekal sihat.

Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai. Kaedah yang bakal dipilih perlu digunapakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.

-Kak Engku Bidan Bersalin-

Thursday, June 9, 2011

HAPPY 1st BIRTHDAY AYDAN!!

AYDAN is 1!

on the 3rd June 2011

~~~~HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO MUHAMMAD AYDAN SHAQEEL

HAPPY BIRTHDAY TO YOU~~~~~

Semoga menjadi anak yang soleh dan berbudi pekerti mulia..

Mummy and Babah love you so much!!!!!