Dah 8 bulan berkahwin..
hidup bersama..
di bawah satu bumbung..
macam-macam perkara baru yang diketahui tentang partner ku itu..
ada yang disukai..
ada yang tak berapa nak suka..
ada yang langsung tak suka...
orang kata..
biasa la..adat berumahtangga..
tapi..
satu perkara ni memang aku tak boleh tahan..
sekali..tak apa lagi..
dua kali...boleh senyap lagi..
tapi setiap kali pun nak buat macam tu..
mana boleh tahan..
terus hilang mood serta merta...
bayangkan situasi ini:
aku menggoreng ikan..
sambil diperhatikan oleh si suami itu dengan penuh kusyuk..tanpa sebarang kata..
dalam hati
'ooo nak tengok isteri yang baru nak masak ni goreng ikan kot..ok la mari tunjuk skill..haha'
sebaik saja ikan diletakkan ke dalam minyak panas..
maka terpercik lah segala minyak yang ada dalam kuali tu..
lalu terkena dinding dan juga dapur memasak dan juga
kitchen top..
Apa yang si suami buat?
dengan pantas dia mengambil kain dan terus mengelap segala dinding dan dapur memasak dan kitchen top yang tercemar dengan minyak..
sambil aku menggoreng..
hasilnya?
tangan kami bersilangan atas dan bawah..kiri dan kanan
seperti mau perang..
dapat bayangkan tak?
bukan sekali
malah setiap kali aku masak..
setiap kali tu la perangai dia..
tak sabar-sabar untuk mengemas dapur..
sampai tak boleh tunggu habis masak..
bersilang-silang tangan pun tak apa asalkan tak ada setitik pun minyak/kuah/kotoran di dapur tu..SETIAP MASA
mana aku tak rimas?
asyik kena perang bila masak..hilang mood i tauu
nak letak garam/gula kena guna sudu..
eiiiii rasa tak umpphh la kalau guna sudu..
pergerakan i terbatas you know...
kalau nak tau, dapur tu ruang paling dia sayang..
kalau boleh tidur kat dapur tu..dah lama dah tu..
setelah aku 'berasap'..
sekarang ini..setiap kali aku masak..
si suami tidak lagi berada di dapur..
tau dia tak tenteram duduk di ruang tamu tu..haha
sehinggalah selesai semuanya
dan sepantas kilat dia akan terus mencuci, mengelap dapur tu semua sampaiiii bersinar-sinar..haha
tapi basuh pinggan tak rajin pulakk..
hati berkata '
yesss tak payah kemas dapur..muhahaa'
dari segi itu aku bersyukur..alhamdulillah..si suami banyak menolong..
cuma aktiviti masak ku jangan diganggu..nanti aku bertukar jadi
gorgon..hahaha
sekian..
p/s- muekkk![=D